Friday, June 8, 2018

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  
PENGHARGAAN
Assalamualikum...Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan blog ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaaan kepada Puan Maleha Bt Lauto iaitu Pensyarah Matapelajaran Bimbingan dan Kaunseling (KID 2363) diatas kesudian beliau memberi tugas ini. Hal ini kerana, saya banyak mempelajari sesuatu  sepanjang blog ini dilaksanakan. Beliau juga banyak membantu dan mengajar saya dan rakan-rakan secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan blog ini. Seteresunya, inilah peranan mahasiswa/mahasiswi khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Akhir kata, terimalah serangkap mutiara kata daripada saya sebagai pedoman dalam kehidupan kita.
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


ABSTRAK
Blog ini akan membincangkan mengenai konsep bimbingan dan kaunseling, teori kaunseling, perbezaan antara bimbingan dan kaunseling, matlamat kaunseling, prinsip kaunseling, kepentingan kaunseling, etika ketika kaunseling, perkhidmatan dalam kaunseling, proses kaunseling individu serta kemahiran kaunseling. Selain itu, peranan kaunseling di Malaysia adalah untuk membentuk pembangunan yang sihat dikalangan guru dan pelajar dari segi mental, rohaniah, emosi dan tingkah laku. Justeru, kaunselor juga berperanan menerapkan nilai-nilai murni secara langsung atau tidak langsung kepada klien. Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan ialah nilai hormat-menghormati, bekerjasama dan prihatin.



 KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bimbingan ialah proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan potensi mereka supaya membuat pilihan yang bijak dari segi aspek peribadi, kerjaya, sosial, akademik dan kepentingan individu. Manakala, kaunseling pula bermaksud proses pertemuan secara bersemuka antara seorang kaunselor profesional bersama kliennya dengan menggunakan ilmu psikologi yang sistematik untuk menyelesaikan masalah klien tersebut.





   TEORI KAUNSELING 


BIODATA ALBERT BANDURA
ØDilahirkan pada 4 Disember 1925 di Mundare Northen Alberta Kanada.
ØMeninggal dunia pada usia 64 Tahun.
ØDikenali sebagai pencetus teori pembelajaran sosial dan kognitif sosial dan efeksi diri.
ØPenganut Aliran Behaviorisme.
ØPada tahun 1949, beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Coloumbia.
ØPada tahun 1952, beliau mendapat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada  Universiti Lowa.
ØTamat pengajjian, beliau bekerja di Fakulti Psikologi di Universiti Standford dan menjadi Profesor sepenuh masa pada tahun 1964.
ØBertugas sebagai Profesor Psikologi di Universiti Standford sehingaa kini ( Moore, 2002 ).

ØBerkahwin dengan Virginia Vans dan mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Carol dn Mary.



KONSEP ‘TRIADIC DETERMINISTIC TIMBAL BALIK 

Gabungan kompleks antara proses dalaman dan pengaruh persekitaran.

Menyatakan bahawa faktor kognitif dan peribadi, tingkah laku dan persekitaran saling berhubung kait dan mempengaruhi antara sama lain.

Maklum balas ke atas tingkah laku positif dan negatif akan mempengaruhi pemikiran seseorang dan cara dia bertindak terhadap situasi yang dihadapinya.


EKSPERIMEN PERMODELAN BANDURA

Kumpulan A= Seorang budak kecil disuruh memerhati orang dewasa memukul, menumbuk, menendang dan menjerit ke arah potong besar Bobo
Hasilnya ialah dia meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa malahan lebih agresif

Kumpulan B= Seorang budak kecil disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Bobo
Hasilnya ialah tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A.

Kesimpulannya ialah tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui permodelan/peniruan 

Related image



JENIS-JENIS MODEL DALAM PERMODELAN
MODEL YANG LEBIH TUA
- Peniruan kuasa kebebasan, kekayaan dan kehormatan yang dinikmati

MODEL BERSTATUS TINGGI
Faktor kuasa dan kekayaan

MODEL MEMPUNYAI KECERDASAN TINGGI
Orang yang kurang pandai sering memuji orang yang bijak.

MODEL TERKENAL DALAM BIDANG SESUATU KEPAKARAN
- Orang kurang mahir cenderung meniru tingkah laku model


PROSES PEMBELAJARAN PERMODELAN
1)Pemerhatian
- Melalui deria seseorang (deria lihat. deria mendengar, deria sentuh, deria rasa dan deria bau) 
- Tumpuan ke arah satu model/tingkah laku.
- Ciri-ciri model: Umur, Jantina, Hubungan melalui pengajar dan                                       Pemerhatian

2)Mengingati
- Keupayaan mengingati dalam bentuk grafik mental, penyusunan kognitif atau simbolik

3)REPRODUKSI
-  Menghasilkan imej dan maklumat yang diperhatikan
-  Kecekapan bergantung pada keupayaan fizikal dan kemahiran meniru pemerhatian serta  dapat mengingati dengan tepat
-  Pemerhati berupaya melakukan semual tingkah laku yang ditiru

4)PENEGUHAN DAN MOTIVASI
   Terdiri daripada dua kategori iaitu 
-  Negatif: Jika sesorang murid itu melakukan kesalahan maka dia akan dikenakan denda atau ditegur contohnya murid tersebut selalu dimarahi oleh guru kerana selalu datang lewat ke sekolah.

-  Positif: Jika seseorang murid itu berjaya dalam peperiksaannya, gurunya memuji dan menjadikan dia sebagai model dalam bilik darjah.


JENIS-JENIS PENIRUAN 
DAN PENGAPLIKASIANYA DALAM 
PEMBELAJARAN 

1) PENIRUAN LANGSUNG
 -   Meniru tingkah laku yang ditujukkan oleh model melalui proses pemerhatian
 -  Contoh: a) Murid meniru gaya komunikasi gurunya sama ada di dalam kelas atau luar kelas
                  b)  Meniru gaya seorang penyanyi yang disanjunginya

2) PENIRUAN TAK LANGSUNG
 -    Pembelajaran secara tidak langsung melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung.
 -   Contoh: Pelajar meniru gaya larian Atlet Olempik "Usain Bolt" dalam kelas PJK.

3) PENIRUAN GABUNGAN
 -    Meniru tingkah laku dengan menggabungkan model peniruan langsung, peniruan tak langsung atau kedua-duanya sekali.
 -    Contoh: Pelajar meniru cara guru menyepak bola dan gaya pemain bola antarabangsa.  

4) PENIRUAN SEKAT LALUAN 
 -  Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai dilakukan dalam sesuatu situasi yang tertentu sahaja.
 -    Contoh: Meniru fesyen pakaian di television tetapi tidak boleh memakainya apabila di sekolah

5) PENIRUAN TAK SEKAT LALUAN
 -  Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa jua situasi.
 -    Contoh: Seorang pelajar meniru gaya budi bahasa gurunya.



IMPLIKASI TEORI PERMODELAN 
ALBERT BANDURA 
1) Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar
2) Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model
3) Bahan bantuan mengajar guru perlulah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat.
4) Menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan
5) Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai


    PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
   
BIMBINGAN
CIRI-CIRI
KAUNSELING
  •        Tidak perlu tauliah

     Profesional      
  •       Perlu mempunyai tauliah dan kepakaran dalam bidang kaunseling serta psikologi

  •      Di mana-mana sahaja atau tempat terbuka
  •       Contoh: Di dalam kelas

    
   Tempat    
  •       Satu tempat yang sesuai dan tidak dilihat oleh orang ramai
  •  Contoh: Bilik kaunseling

  •      Tidak mempunyai ketetapan masa
  •      Pada bila-bila masa sahaja


Masa
  •      Mempunyai masa-masa yang tertentu
  •      Antara 42 minit atau 1 jam

  •      Tidak menggunakan teori-teori psikologi.
  •      Bebas


Teori
  •       Perlu menggunakan teori yang sesuai dengan kes
  •       Contoh: Teori Keperluan Maslow





 MATLAMAT KAUNSELING
Antara matlamat kaunseling adalah mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya. Hal ini kerana, dia akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur serta merancang perjalanan hidupnya. Individu tersebut juga tidak akan mengamalkan sikap 'lepas tangan' dan tidak menyalahkan orang lain seandainya timbul sebarang masalah. Seterusnya, melalui sesi kaunseling seseorang klien dapat memperbaiki imej diri yang negatif. Apabila terdapat sifat negatif yang tertanam dalam diri maka ia merupakan punca halangan  dalam mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Justeru, kaunselor perlulah membimbing klien bagi membentuk imej yang positif serta memupuk sifat-sifat nilai murni dalam diri individu tersebut. Selain itu, kaunseling juga mengajar klien supaya menyesuaikan diri dengan keadaan. Klien yang seperti 'katak dibawah tempurung' akan mengalami banyak konflik dan kemurungan. Mereka seharusnya sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan orang lain atau persekitaran yang berubah dahulu malah apa yang penting di sini klien perlulah berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan demi mengurangkan ketegangan. Di samping itu, sesi kaunseling ini membantu klien dalam  membuat keputusan yang bernas. Klien juga sering mengelakkan diri dalam membuat keputusan dan tidak memberi kata putus kerana ia bukanlah satu perkara yang mudah dan menyeronokkan. Maka, sebagai seorang kaunselor yang bijaksana, mereka seharusnya membimbing klien semasa proses membuat keputusan terutama sekali masalah berkaitan dengan keputusan kehidupannya. Oleh itu, sesi kaunseling ini adalah untuk membantu seseorang individu untuk bertingkah laku sesuai dengan dirinya sendiri.


PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING
Di dalam proses kaunseling seseorang individu harus menitikberatkan kelicinan dan kejayaan objektif kaunseling itu sendiri. Terdapat lima prinsip yang dinyatakan di sini. Pertama, setiap murid yang menghadapi masalah harus diberi peluang menerima perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang, agama dan kepercayaan. Misalnya, guru haruslah mengetahui masalah yang dialami oleh pelajarnya sama ada mereka mengalami masalah disiplin, masalah keluarga dan masalah peribadi. Kedua, tanggungjawab bersama. Hal ini  kerana, kerjasama harus diwujudkan antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuklah rakan-rakannya serta ibubapa pelajar (klien) . Ia bukan sahaja melibatkan antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan ' Bersatu teguh, bercerai roboh'. Ketiga, tidak boleh dipaksa. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini hanya boleh diberikan kepada murid yang sukarela menerimanya dan tidak boleh dipaksa temasuklah memilih tempat perbincangan. Keempat, dijalankan dalam Bilik Khas. Sesi kaunseling ini perlulah dijalankan secara sulit dan semua bahan perbincangan hendaklah dirahsiakan. Ia juga hanya boleh dijalankan antara kaunselor dan kliennya.  Kelima, diuruskan mengikut etika yang ditetapkan. Ini adalah untuk memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja atas persetujuan klien tersebut. Oleh itu, kaunseling yang paling berkesan adalah kaunseling yang dirancang secara sistematik dan teratur.


KEPENTINGAN KAUNSELING
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan memainkan peranan penting terutama di sekolah-sekolah. Hal ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar sentiasa ceria dan mengikuti peraturan apabila tiba ke sekolah. Terdapat beberapa kepentingan dalam bimbingan dan kaunseling. Antaranya ialah:
  1. Membantu pelajar  menyedari kelebihan dan kelamahan yang terdapat dalam dirinya. Melalui cara ini, seseorang pelajar dapat mengembangkan bakat yang terpendam  ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup. Maka, seseorang kaunselor perlu menggunakan data psikologi untuk memahami setiap pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri.
  2. Melalui perkhidmtan ini, kaunselor hendaklah sentiasa memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada perbuatan salah laku misalnya tingkah laku tidak berdisiplin, merokok, ponteng sekolah, vandalisme dan sebagainya. Hal ini adalah untuk menolong seseorang murid itu memahami tentang dunia jenayah dan memberi panduan atau nasihat kepada mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik.
  3. Seseorang klien dapat menyelasaikan masalah secara profesional.
  4. Membantu pelajar dalam  memilih kerjaya mereka pada masa hadapan.
  5. Sentiasa memberikan motivasi pelajaran kepada pelajar-pelajar agar mereka dapat meningkatkan semangat mereka untuk berjaya ke hadapan.                            


ETIKA DALAM KAUNSELING






JENIS-JENIS PERKHIDMATAN DALAM KAUNSELING

Program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan 5 jenis perkhidmatan iaitu:
(a) Perkhidmatan Bimbingan Kelompok(Kumpulan)
(i)                Menjalankan bimbingan atau kaunseling kepada kumpulan tertentu tentang   sesuatu topik yang sesuai dan bersifat pembaikan
(ii)              Membantu murid meningkatkan prestasi akademik bagi matapelajaran   peperiksaan.  
(iii)            Merancang dan menjadi penyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan dan berkelompok  dan fasilitator bagi aktiviti yang bersifat penyuburan.

Image result for perkhidmatan bimbingan kelompok


(b) Perkhidmatan Penempatan
(i)                Membantu murid menempatkan atau memilih aktiviti kokurikulum yang sesuai berdasarkan minat, kebolehan dan kemampuan murid.

(ii)              Membantu menempatkan murid lepasan sekolah rendah ke sekolah menengah atau memilih sekolah-sekolah yang bersesuaian dengan pencapaian kurikulum dan kokurikulum.



(c) Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Tabiat Merokok
(i)                Mengadakan bimbingan individu atau kumpulan untuk memupuk sikap dan nilai membenci dadah dan tabiat merokok.

(ii)              Memberi bantuan kepada murid yang terlibat dengan penyalhgunaan dadah atau menjadi perokok untuk mendapatkan pemulihan


Image result for logo dilarang merokok


(d) Perkhidmatan Rundingan dan Rujukan
(i)                Membantu bekas murid sekolah dalam soal peribadi, akademik, kerjaya dan sebagainya apabila diminta.
(ii)              Mengadakan rundingan dari semasa ke semasa dengan kakitangan sekolah tentang cara meningkatkan prestasi bimbingan di sekolah.
(iii)            Merancang cara yamg paling berkesan untuk mengawasi kemajuan murid-murid bersama guru-guru lain.



(e) Perkhidmatan Konfrens dengan ibubapa
(i)                Menjalinkan hubungan baik dan bekerjasama dengan ibubapa serta masyrakat                       setempat bagi mengawasi murid dari aspek akademik dan sahsiah.
(ii)              Menghubungi keluarga atau penjaga apabila kemajuan murid tidak memuaskan.
(iii)            Mengadakan masalah keluarga jika terdapat masalah yang dihadapi oleh murid                   berpunca daripada keluarganya.

Image result for ambil report card anak


PROSES KAUNSELING INDIVIDU

 1.   PRA SESI
-         Kaunseling adalah satu proses yang berkembang dari satu tahap ke tahap yang lain.
-         Persediaan awal kaunselor dari segi peribadi, fizikal dan maklumat atau rekod klien serta persediaan masa.
-         Maklumat peribadi klien perlu dikumpulkan secara sistematik
-         Kaunselor hendaklah meningkatkan aras kepercayaan klien terhadapnya supaya dia mudah meluahkan perasaan
-         Kaunselor hendaklah menunjukkan muka yang berseri dan kedudukan tubuh badan kaunselor hendaklah sesuai.

 2.   PENJELASAN
-         Kaunselor perlu berusaha mendapatkan gambaran yang jelas tetntang masalah klien.
-         Soalan yang dikemukakan perlulah berbentuk terbuka agar mendapat lebih banyak jawapan dan maklumat

 3.   MENENTUKAN KEBERKESANAN
-   Merupakan first impression klien terhadap kaunselor (sama ada boleh percaya atau tidak)
-   Klien perlu sedar tentang arah yang ditujunya
-  Perkara-perkara seperti masa, batasan-batasan tindakan dan peranan hendaklah dijelaskan kepada klien
-  Struktur proses juga berlaku di sini. Klien perlu tahu tentang tanggungjawabnya bagi menyatakan sesuatu masalah dengan jelas agar membolehkan kaunselor memberikan pertolongan secara maksimum.
-   Kontrak juga dibuat pada peringkat ini iaitu satu persetujuan antara kaunselor dengan klien bahawa mereka akan berusaha mencapai matlamat-matlamat ini.
-    Dengan adanya kontrak, klien berasa lebih komited dalam menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan
-     Peringkat ini amat PENTING.

5. PERHUBUNGAN
- Matlamat disini adalah untuk mengeratkan perhubugan antara kaunselor dengan klien.
- Suasana perlulah aman dan tenang tanpa sebarang gangguan
- Kerusi yang digunakan klien haruslah dalam keadaan yang elok dan posisi yang betul.
- Jarak komunikasi antara 1-1.5 (bersesuaian dan selesa)
- Kesenyapan mungkin berlaku kerana penentangan yang wujud dan klien berasa tidak selesa kerana   penentangan yang wujud

6. PENEROKAAN
- Peringkat ini, kaunselor mempunyai kefahaman yang lebih jelas tentang siapa sebenarnya klien itu. Kaunselor mula memikirkan perubahan-perubahan yang perlu dilalui  oleh klien dan strategi yang akan digunakan.
- Matlamat-matlamat proses pada peringkat ini adalah seperti berikut:
a) Mengekalkan perhubungan yang sedia ada
b) Menyingkirkan perasaan-perasaan pada diri kaunselor dan klien yang boleh mengganggu    pencapaian matlamat.
c) Menggalakkan klien meneroka masalah dan perasaannya supaya mencapai kesedaran diri yang lebih mendalam.
d) Mengumpul fakta-fakta yang boleh membantu kepada penyelesaian masalah
e) Memutuskan sama ada perhubungan itu perlu diteruskan atau ditamatkan
f) Mengajar klien kemahiran-kemahiran yang perlu untuk mencapai matlamat
g) Mengadakan aktiviti-aktiviti kerja rumah untuk klien supaya dapat mencapai matlamatnya.
Hasil daripada perhubungan yang rapat, pemindahan dan pemindahan kontra perasaan akan berlaku. Klien mungkin mula mempunyai perasaan tertentu terhadap kaunselor yang mementingkan kebajikan. Dia boleh menganggap kauselor itu sebagai bapanya.

6. PENGUKUHAN
- Pada peringkat ini, klien menjelaskan perasaanaya dengan lebih lanjut dan menentukan alternatif-alternatif lain.  Kemahiran – kemahiran baru juga diamalkan.

7. PERANCANGAN
-  Kali ini tertumpu kepada rancangan tindakan yang khusus. Rancangan-rancangan untuk penamatan dan penerusan akan dirumuskan.

8. PENAMATAN
- Rumusan tentang pencapaian-pencapaian klien akan dibuat. Jika    terdapat matlamat yang tidak tercapai, sebab-sebabnya hendaklah dikenal pasti . Klien boleh diminta merumuskannsegala yang dilaluinya.
- Jika didapati klien telah membuat keputusan atau merasakan dia telah dapat menyelesaikan masalahnya dengan memuaskan atau didapati boleh berdikari maka penamatan boleh dilakukan. 



KEMAHIRAN KAUNSELING

KEMAHIRAN MEMBERI PERHATIAN
1.   Kedudukan Tubuh Badan (posture) Kaunselor
-          Kedudukan tubuh kaunselor hendaklah condong ke hadapan iaitu kearah klien. Amlan seperti     ini penting bagi menunjukkan kepada klien yang kaunselor itu berminat mendengar apa jua   yang diperkatakan oleh klien.

2.   Ekspresi Muka
-          Ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri,  menunujukkan pembimbing itu sedia menerima     klien. Jika pembimbing bermuka masam atau muram, situasi ini memberikan mesej yang klien itu mungkin menganggunya atau keunselor itu sendiri mempunyai masalah dan tidak berminat terhadap masalah klien

3.   Tentangan Mata
-          Keadaan ini menunjukkan pembimbing meminati apa jua yang diperkatakan oleh klien dan         bersama klien secara  fizikal dan mental. Walaubagaimanapun, kaunselor hendaklah melakukan tentangan mata mengikut keselesaan klien. Tetapi, kaunselor hendaklah mengalihkan pandangan matanya jika didapati klien berasa malu.

4.   Soalan Terbuka
-    Satu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar adalah dengan menggunakan soalan terbuka. Cara ini memberikan peluang kepada klien unutk bercakap lebih banyak lagi



KEMAHIRAN MENYOAL
        Kemahiran ini diperlukan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai sesuatu masalah klien. Terdiri 2 jenis soalan yang dikemukakan iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup. Contoh soalan tertutup memerlukan jawapan 'ya' atau 'tidak' manakala soalan terbuka memerlukan penghuraian daripada klien. Oleh itu, soalan-soalan tertutup tidak digalakkan kerana maklumat yang diperoleh terhad. Sebaliknya, soalan-soalan terbuka akan membolehkan kaunselor memperoleh maklumat yang banyak.


KEMAHIRAN MEMAHAMI
         Seseorang kaunselor hendaklah berusaha memahami masalah klien sebelum cuba menyelesaikannya. Sesetengah daripada kita bersikap kurang sabar dalam menyelesaikannya. Hal ini bukanlah cara yang berkesan dalam usaha membantu klien. Setelah kita berusaha memahami masalah klien, barulah kaunselor akan mendapat gambaran yang jelas dan jitu tentang kesulitan yang dihadapi oleh klien. Seterusnya, barulah kaunselor berupaya menolong murid menyelesaikan masalahnya.



KEMAHIRAN BEREMPATI
            Kemahiran ini merupakan satu kemahiran iaitu kaunselor cuba memahami serta merasai apa-apa yang dirasai oleh klien atau muridnya. Kemahiran ini penting kerana sahaja dapat membantu kaunselor memahami perkara yang dinyatkan oleh klien tetapi dia juga merasai perasaan yang dialaminya. Respons kaunselor yang menunjukkan empati akan mendatangkan hasil seperti:


  1.                Membina hubungan dengan klien                                                                                         Apabila murid atau klien mendapati yang kaunselor boleh memahaminya, dia akan meluahkan masalahnya dengan mudah.       
  2.              Memberikan sokongan                                                                                                            Empati merupakan cara menyelami jiwa klien daripadaaspek pengalaman, tingkah laku dan perasaan.
  3.               Meningkatkan tumpuan                                                                                                          Dapat memberikan tumpuan kepada isu penting yang ditimbulkan oleh klien. Empati membantu klien dan pembimbing memahami pengalaman, tingkah laku dan emosi klien. 
  4.               Melicinkan komunikasi                                                                                                           Empati menggalakkan klien bercakap dengan lebih lanjut kerana dia berasa kaunselor telah memahaminya.  
  5.               Menggalakkan tindakan klien                                                                                                Empati mendorong klien untuk mengakui masalahnya serta cuba memahami masalahnya dengan mendalam, menyusun strategi dan bertindak dengan tegas.                                                                                                                                                          KEMAHIRAN MEMBUAT RUMUSAN
  6.  Ia merupakan proses menggulung segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling dan mengutamakan perkara-perkara penting. Membuat rumusan merupakan satu cara menamatkan satu-satu sesi kaunseling. Hal ini membolehkan kaunselor mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang seseorang klien serta membantunya meninjau kemajuan yang telah dicapai. Bahasa yang digunakan oleh kaunselor hendaklah mudah serta jelas.


KESIMPULAN
Konklusinya, kaunseling ini merupakan satu kerjaya yang diperlukan. Hal ini kerana, mereka dapat membantu masyrakat sekeliling dalam menyeimbangkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Selain itu, sebagai seorang kaunselor haruslah menjalankan bimbingannya dengan menggunakan pendekatan teori-teori kaunseling yang dipelajari. Perkara ini untuk memastikan klien dapat menyelesaikan masalahnya dengan berkesan.


Related image



RUJUKAN
Ibrahim Ahmad (2002). Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di Sekolah Rendah. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Malek Muhamat Said (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah. PTS Professional, Selangor.

Suradi Salim (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Utusan Publications Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, Selangor.

Mohammad Aziz Shah Mohamed (2009). Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling. PTS Professional, Selangor.

Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taqiuddin Abd Mukti, Lee Keok Cheong (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor.













No comments:

Post a Comment

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

   PENGHARGAAN Assalamualikum...Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan blog ini dengan penu...